Perkhidmatan

Profesional & Dedikasi

Pelanggan UMHSB

Testimoni Pelanggan

Perniagaan UMHSB

Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. (UMHSB) mempunyai tiga (3) anak syarikatnya yang memberi tumpuan perkhidmatan kepada komuniti di dalam Universiti Utara Malaysia (UUM).

Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan ini adalah sejajar dengan matlamat syarikat untuk memberi pulangan semula kepada UUM.

Berikut ialah pecahan perniagaan UMHSB dan anak-anak syarikat.

Unit PLKN

Program latihan Khidmat Negara ialah unit yang memberi khidmat bagi teras program latihan khidmat negara. Unit ini akan menyediakan prasarana bagi memastikan pelatih dibentuk untuk menjadi masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, keyakinan diri, setia pada negara, setiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

UMHSB juga menguruskan sebuah kem rekreasi yang dikenali sebagai Kem Sintok yang terletak di dalam kawasan kampus UUM. Kem ini juga merupakan kawasan perkhemahan yang sesuai untuk program-program luar(outdoor).

Kem Sintok dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kursus, bilik penginapan (dorm), tapak dan peralatan perkhemahan serta kawasan rekreasi yang sesuai untuk kegiatan luar terutamanya untuk pelajar-pelajar sekolah dan universiti atau jabatan kerajaan dan swasta yang ingin mengadakan perkhemahan. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan di dalam Kem Sintok seperti abseiling, flying fox, berkayak dan rakit, redah rimba, merempuh halangan, eksplorasi Hutan Sintok dan sebagainya

Telemovie Terbaru

Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) memulakan langkah untuk menceburi perniagaan dalam bidang perfileman dan penyiaran apabila Yang Berbahagia Naib Canselor UUM Prof Dato Dr. Mohamed Mustafa Ishak mencadangkan agar sebuah telemovie yang mempromosi UUM diterbitkan pada Mei 2010.

Bagi memastikan impian untuk memiliki sebuah rumah produksi filem direalisasikan pada 1 September 2012 UMHSBtelah menubuhkan sebuah Jabatan Filem yang akan menghasilkan karya-karya kreatif dan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Antara produk yang akan dihasilkan adalah seperti berikut:

1. Drama dan Telemovie

2. Animasi

3. Dokumentari

4. Program-program televisyen lain seperti Sitcom, Realiti Tv dan Candawara.

5. Filem

6. Video Korporat untuk agensi kerajaan dan swasta

Visi

Menubuhkan sebuah production house milik UMHSB yang mampu menjana pendapatan yang tinggi kepada syarikat.

Misi

Mewujudkan satu penjenamaan yang baik dalam industri perfileman dan penyiaran.

Objektif

Menghasilkan rancangan televisyen yang berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak pelanggan pada kos yang optimum.