Profil Syarikat

Profesional & Dedikasi

Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) telah ditubuhkan pada 18 Mei 1999 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan nama asalnya Uniutama Management Sdn. Bhd. (UMSB). Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada awal penubuhannya, ia mengendalikan aktiviti komersial disekitar Lembah Sintok dan Jitra, Kedah.

Berkuatkuasa pada 28 Januari 2003, syarikat ini telah ditukarkan nama kepada UNIUTAMA MANAGEMENT HOLDINGS SDN. BHD. (UMHSB) dan merupakan sebuah syarikat sendirian berhad mengikut syer oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Universiti Utara Malaysia. UMHSB merupakan sebuah syarikat pengurusan yang didaftarkan dengan modal yang dibenarkan (Authorised Capital) sebanyak RM 10,000,000.00 dan modal berbayar (Paid-up Capital) sebanyak RM 5,800,000.00.

UMHSB menawar pelbagai perkhidmatan kepada jabatan, pusat, institusi dan syarikat dalam bidang pengurusan, pendidikan dan perdagangan. Melalui anak-anak syarikat, UMHSB memberi perkhidmatan pelancongan, perhotelan, pengurusan fasiliti, pembersihan, landskap, pembangunan perisian dan lain-lain.

Adalah menjadi hasrat syarikat untuk mempertingkatkan lagi dana pendapatan Universiti Utara Malaysia disamping menawarkan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada komuniti dalam dan luar Universiti Utara Malaysia.

Menjadi Peneraju Perniagaan Strategik di Rantau Ini

Bagi meneruskan kesinambungan pencapaian perniagaan-perniagaan yang telah diterokai dan akan diterokai, UMHSB berazam untuk terus melangkah ke hadapan untuk menjadi peneraju utama di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

Secara umumnya, keseluruhan bidang-bidang perniagaan yang diterokai oleh UMHSB dilihat boleh dikembangkan menjadi perniagaan-perniagaan yang boleh menyumbang dengan lebih strategik (kritikal, boleh membawa pulangan dan keuntungan yang lebih tinggi untuk satu jangkamasa yang lebih panjang) kepada organisasi. Perniagaan-perniagaan ini juga dilihat akan kekal relevan untuk satu jangkamasa yang panjang kerana pasarannya yang luas dan permintaannya yang berpanjangan.

Untuk itu, di dalam fasa pembangunan seterusnya, UMHSB akan menggandakan usaha untuk meningkatkan keupayaan pembangunan dan penghasilan produk dan perkhidmatan sedia ada dan produk dan perkhidmatan baru agar keseluruhan organisasi dapat menjadi lebih kompetitif. Di samping itu juga, UMHSB berazam untuk mengembangkan keseluruhan produk dan perkhidmatan ke pasaran-pasaran baru yang lebih dinamik dan menguntungkan selari dengan hasrat untuk menjadi organisasi regional yang mantap dan disegani.

Meningkatkan Kepuasan Pelanggan melalui Operasi yang Dinamik dan Inovatif

Organisasi yang mantap dan disegani yang merajui perniagaan-perniagaan strategik seharusnya mampu memberikan komitmen yang tinggi kepada usaha-usaha untuk menawarkan kepuasan pelanggan yang tinggi kerana tidak dapat dinafikan bahawa pelanggan-pelanggan adalah pusat (intrgrat part) kepada hasil organisasi.

Selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, usaha-usaha ini seharusnya dibangunkan secara dinamik (berterusan) dan inovatif yang disokong oleh anggota organisasi, sistem dan kaedah penyampaian UMHSB, secara keseluruhannya, yang lebih cekap dan berkesan.

Menjadi Peneraju Perniagaan Strategik di Rantau Ini Menjelang 2025

Menjadi peneraju kepada perniagaan-perniagaan yang strategik di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia ini adalah satu sasaran yang mampu dicapai jika keseluruhan sistem UMHSB dapat digabungkan dan diekploitasikan sepenuhnya dengan baik dan berkesan di dalam satu jangkamasa yang realistik.

Menuju ke arah itu, adalah menjadi hasrat anggota konglomerat UMHSB untuk menjadikan tahun 2013 sebagai sasaran pencapaian yang diharapkan sebagaimana yang didokumenkan.