PROF. DATO' WIRA DR. MOHAMMED MUSTAFA BIN ISHAK B.K.M, A.M.K, D.S.D.K, D.G.S.M.K

Prof. Dato Wira Dr. Mohammed Mustafa bin Ishak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran diperingkat Sarjana dalam bidang Politik di Universiti of York, United Kingdom pada tahun 1987. Pada tahun 1999, beliau telah meneruskan pengajian keperingkat ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sosiologi Politik di University of Leeds, United Kingdom.

Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) selain dilantik sebagai Ketua Kluster Politik, Keselematan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara. Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun di UUM dengan memegang beberapa jawatan penting selain daripada bidang Akademik sebelum menjawat jawatan sekarang.

Beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah KKSP Niaga Sdn. Bhd. dan R&D Serindit Com Sdn. Bhd. sebelum dilantik sebagai salah seorang Lembaga Pengarah di UMHSB.